Monday, 19 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
| penggunaan teknologi maklumat di sekolah
Dewasa ini penggunaan teknologi maklumat telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia yang diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari "website" dan sebagainya. Ledakan teknologi ini sebagai cabaran baru kepada profesion keguruan dan sistem pendidikan serta memberi positif kesan daripada pengaplikasiannya. Antara kesan positifnya ialah:
i) mampu menjadi pmbelajaran global
- pembelajaran boleh membawa pelajar meneroka pengetahuan dan maklumat sama ada dalam konteks global. Transaksi maklumat juga mampu berlaku dengan pantas melalui jaringan global yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan.
ii) mempelbagaikan kecerdasan.
- penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau "multiple-intelegences" yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat dengan budaya pembelajaran konvensional.
iii) memberi peluang pembelajaran sama rata
- sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya
iv) pembelajaran lebih aktif dan menyeronokkan
-Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Cara ini menjadikan kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Semua kesan positif diatas mampu diperoleh jika seseorang guru itu mempunyai kemahiran dan mempunyai segala kemudahan kearah mengaplikasikannya. NAMUN, penggunaan ICT juga memberi kesan sebaliknya iaitu:
i) memerlukan kepakaran
- untuk menggunakan komputer dan mengakses maklumat kita perlukan kepakaran dan ilmu. oleh itu, jika guru tersebut tidak mempunyai kemahiran maka pembelajaran yang berlangsung tidak berkesan . Contohnya, jika menghasilkan power point menarik misalnya, guru perlulah menggabungjalinkan penggunaan visual dan audio agar mampu menarik minat pelajar.
ii) memerlukan waktu yang lama
- untuk mengakses maklumat ia bergantung kepada kelajuan internet yang diperoleh. Contohnya jika guru ingin mengaksesnya dan menunjukkan pada waktu pembelajaran, ia akan mengambil masa yang lama jika signal internet itu lembap. Masalah ini sudah tentu menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia kerap berlaku di kawasan luar bandar.
iii) hanya berperanan sebagai alat sokongan
- ICT hanya berperanan sebagai alat sokongan iaitu bukanlah alat utama yang membantu proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana penggunaan ICT tidak mampu berfungsi dengan sendirinya jika tiada guru. Ini menunjukkan bahawa guru masih berfungsi dan mempunyai peranan yang sama iaitu sebagai tenaga pengajar dan penyampai maklumat.
iv) kos yang tinggi
- penyediaan teknologi dan kelengkapan ini melibatkan kos yang tinggi. Kos yang tinggi ini merujuk kepada kos untuk penyediaan komputer dan rangkaian internet di setiap sekolah, kos untuk meningkatkan kemahiran guru terhadap penggunaan komputer dan teknologi maklumat dan kos baik pulih peralatan. Pembelajaran akan terjejas dan terganggu jika terdapat masalah dalam menguruskan kos- kos tersebut.
Kesimpulan, ledakan teknologi yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang terutama di sekolah mampu memberikan impak besar terhadap institusi tersebut. Ledakan ini juga akan mewujudkan jurang yang tinggi terhadap institusi pendidikan di kawasan luar bandar dan bandar kesan daripada tahap penyebaran yang diperolehi. Misalnya kawasan luar bandar yang mengalami kekangan terhadap penggunaan teknologi ini. Oleh itu, sejauh manakah pendapat anda tentang keberkesanan penggunaan teknologi maklumat ini di sekolah?
Subscribe to:
Posts (Atom)