CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 6 December 2011

|Gambar teknologi dan inovasi


1.  Sinki Gear
Sinki ini memudahkan pengguna melalui penggunaan kuasa (gear). Ia dapat berfungsi pada kuasa rendah dan kuasa tinggi. Tahap kuasa tersebut akan mengawal pengaliran udara sama ada perlahan atau laju. Contohnya, jika gear rendah digunakan ia akan mengeluarkan air yang laju. Sifat fizikal sinki gear ini sama seperti  gear pada kenderaan.

2.  Brix Hp
Alat ini merupakan sejenis telefon bimbit yang boleh di satukan dengan telefon bimbit yang sama jenis dan akan membentuk layar yang dapat menampilkan video serta boleh juga berfungsi sebagai TV. Brix dapat menyatukan sebuah tontonan video. Keistimewaan telefon bimbit Brix ini dapat menyambungkan telefon bimbit Brix lainnya menjadi sebuah layar yang besar. Brix memberi kemudahan kepada pemiliknya dan mampu mengeratkan silaturahim kepada generasi masa kini, seperti dapat menonoton bersama melalui HP Brix, maka kita tidak perlu lagi mempunyai TV besar untuk menonton video atau sebagainya. Kita cukup mengumpulkan semua HP Brix yang ada, kemudian "dicantumkan" ikut kesesuaian dengan ukuran TV (4:3 atau 16:9) maka jadilah sebuah TV besar. Kesimpulannya , alat ini merupakan suatu alat hasil dari perkembangan teknologi di bidang komunikasi yang mampu menjimatkan ruang.


3.  Teknologi Blue Track
Teknologi Blue Track merupakan pembaharuan yang dibuat bagi menggantikan mouse laser. Blue Track ini dicipta oleh Microsoft pada 9 September. Teknologi ini menggunakan led biru yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED Biru ini mempunyai kemajuan tracking yang lebih baik daripada mouse laser atau mouse optical yang biasa.

4.  Blade Runner Stylr LED Umbrella
Payung ini mampu menjadikan pemiliknya berasa sentiasa kering walaupun dibasahi hujan. Ia juga dikenali sebagai paying “cool’ ketika digunakan di jalanan. Kecanggihannya ialah ia mempunyai lampu hanya dengan menekan butang lampu, ia mampu menerangan perjalanan selain melindungi daripada hujan. Pada waktu malam ia mampu menarik tumpuan dan dilihat oleh kenderaan di jalanan. Ini akan menjamin keselamatan kita ketika hujan di waktu malam. LED umbrella ini menggunakan bateri dan ia berukuran 32,5 “panjang; 41” serta mempunyai dua sinaran lampu berwarna putih dan biru.

5.  Eco Power Strip
Eco Power Strip merupakan sebuah alat penemuan baru yang berfungsi untuk mengisi tenaga gadget kini. Teknologi yang dipergunakan iaitu menggunakan oksigen dan hidrogen dalam bioetanol. Alat mesra lingkungan ini diciptakan oleh Sungi Kim, Jooyeon Kim, dan Jun Hyuck Choi. Adanya dua kaki pada alat tersebut berfungsi sebagai input dan output yang berbentuk seperti gelas kaca, ditambah satu daya outlet bar(tempat tenaga elektrik). Diharapkan dengan adanya teknologi canggih seperti ini, mampu membangkitkan sebuat penciptaan baru yang mesra alam.

6.  Apple Black Hole
Designer Josselin Zaïgouche, yang menciptakan Telefon Zero telah mencipta gadjet yang luar biasa. Berkonsepkan Apple Black Hole, mungkin ciptaan untuk tahun 2020. 
Apple Black Hole terdiri daripada 4 bahagian iaitu pangkalan data, Prism, Black Hole dan giftbox. Kecanggihan yang menarik ialah apabila kita cuba untuk menggunakan telefon bimbit sebagai pusat bola akan melayang ketika kita membuka tangan kita dan semua fungsi akan dikendalikan di udara, dengan bantuan teknologi holografik.


7.  Water Switch Humidifier
Teknologi baru yang menarik ini merupakan reka bentuk inovatif terkini. Ia adalah hasil pengemblengan idea daripada Cheng Zheng,  Fan Zhang, Yu Zhang, dan Chengyuan Wei. Reka bentuk ini adalah serupa dan berasaskan air yang berada di dalam rumah walaupun ia berada di udara yang lembap dan dingin. Ia akan berfungsi walaupun dengan hanya menyentuh permukaan air bukannya menghidupkan suiz. Suiz ini berfungsi mengikut kapasiti elektrik melalui sentuhan permukaan air ia mampu mengubahsuai dan meenghantar isyarat elektrik untuk cip yang meng”on/off”kan operasi.

 8.  Kaca Mata Pintar
Kacamata ini dikenali sebagai kacamata pintar kerana ia boleh mencari barang atau peralatan yang hilang. Sifat semulajadi manusia yang sering terlupa meletakkan sesuatu barang menggalakkan kewujudan alat ini. Teknologi ini dikenali sebagai Intelligent Glasses yang telah dicipta oleh Yasuo Kuniyoshi. Fungsi utama teknologi adalah menjadi solusi yang efektif kepada masalah kehilangan barang. Caranya pun cukup sederhana, ketika kita untuk menjumpai sesuatu benda, untuk mengidentifikasinya sebutkan nama benda tersebut untuk dirakam di kacamata ini. Hanya menunggu beberapa ketika alat ini akan mencari dan isyarat ini diklaim serta dapat memberi tahu lokasi  terakhir benda tersebut terlihat dan memberikan jejaknya barang yang hilang itu.

9.  Jam Tangan Bluetooth


Jam tangan yang disambungkan kepada pensel Android. Ia dikenali sebagai Meta Watch adalah jam tangan Bluetooth yang boleh disambung kepada pensel Android sehingga kita dapat melihat notifikasi yang biasa ada pada pensel dan akan muncul di jam tangan itu. Yang membuatnya berbeza adalah jam tangan ini mempunya aplikasi yang bersifat "Open Souce" dimana kita boleh memodifikasi atau menambah aplikasi ke dalam jam tangan ini dengan bantuan Android SDK (aplikasi untuk membuat aplikasi Android). Ada pelbagai model Meta Watch yang diperkenalkan dimana satu berbentuk jam tangan digital dan satu lagi berbentuk jam tangan analog.

10.              Bateri Daripada  Makanan Ringan
Pada era globalisasi yang serba canggih ini, tidak hairan jika ada manusia  mencipta pengecas bateri telefon bimbit tanpa perlu tenaga elektrik tetapi hanya memerlukan sisa air  atau minuman ringan (berkarbonat) seperti air coca cola. Hal ini kerana, para pencipta alat elektronik mulai menggunakan sumber tenaga elektrik daripada sumber  bateri seperti gula. Gula adalah sumber  tenaga yang tersedia di alam ini hasil daripada proses fotosintesis. Sebenarnya bateri gula ini merupakan sel bahan bakar (fuel cell) yang mendapat tenaga daripada  gula. Bateri gula ini memerlukan enzim pencerna gula , yang salah satunya mempunyai kandungan  vitamin K3, pada anod dan katod . Hasil daripada tindakbalas kimia di anod iaitu ion hidrogen dan elektron akan mengalir ke katod. Aliran elektron inilah yang menghasilkan tenaga elektrik.








No comments:

Post a Comment