Dunia pendidikan kini sudah mengubah peranan guru. Perubahan ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan kebersanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jika dahulu, guru sebagai penyampai maklumat yang unggul TAPI hari ini dengan adanya ICT, guru hanya sebagai pengantara maklumat kerana maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti dalam bentuk bercetak, elektronik dan multimedia yang membawa kepada perubahan peranan guru dalam persekitaran pembelajaran hari ini. Justeru itu, peranan guru pada hari ini adalah sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor, pendorong dan penyelaras bahan sunber pembelajaran.
Oleh itu, guru pada hari ini haruslah berkebolehan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar, terutamanya antara kelompok generasi net atau N- Geners yang berkemampuan serta technology servey dan kelompok pelajar yang kurang berkemampuan dan berkemahiran ICT.
***KESIMPULANNYA: kepelbagaian dalam peranan guru menunjukkan guru- guru seharusnya menjadi lebih kreatif, inovatif dan fleksibel dalam pendekatan pengajaran mereka, sesuai dengan situasi dan kehendak semasa.
No comments:
Post a Comment