Dewasa ini penggunaan teknologi maklumat telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia yang diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari "website" dan sebagainya. Ledakan teknologi ini sebagai cabaran baru kepada profesion keguruan dan sistem pendidikan serta memberi positif kesan daripada pengaplikasiannya. Antara kesan positifnya ialah:
i) mampu menjadi pmbelajaran global
- pembelajaran boleh membawa pelajar meneroka pengetahuan dan maklumat sama ada dalam konteks global. Transaksi maklumat juga mampu berlaku dengan pantas melalui jaringan global yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran dan pendidikan.
ii) mempelbagaikan kecerdasan.
- penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau "multiple-intelegences" yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat dengan budaya pembelajaran konvensional.
iii) memberi peluang pembelajaran sama rata
- sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya
iv) pembelajaran lebih aktif dan menyeronokkan
-Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Cara ini menjadikan kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Semua kesan positif diatas mampu diperoleh jika seseorang guru itu mempunyai kemahiran dan mempunyai segala kemudahan kearah mengaplikasikannya. NAMUN, penggunaan ICT juga memberi kesan sebaliknya iaitu:
i) memerlukan kepakaran
- untuk menggunakan komputer dan mengakses maklumat kita perlukan kepakaran dan ilmu. oleh itu, jika guru tersebut tidak mempunyai kemahiran maka pembelajaran yang berlangsung tidak berkesan . Contohnya, jika menghasilkan power point menarik misalnya, guru perlulah menggabungjalinkan penggunaan visual dan audio agar mampu menarik minat pelajar.
ii) memerlukan waktu yang lama
- untuk mengakses maklumat ia bergantung kepada kelajuan internet yang diperoleh. Contohnya jika guru ingin mengaksesnya dan menunjukkan pada waktu pembelajaran, ia akan mengambil masa yang lama jika signal internet itu lembap. Masalah ini sudah tentu menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran dan ia kerap berlaku di kawasan luar bandar.
iii) hanya berperanan sebagai alat sokongan
- ICT hanya berperanan sebagai alat sokongan iaitu bukanlah alat utama yang membantu proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana penggunaan ICT tidak mampu berfungsi dengan sendirinya jika tiada guru. Ini menunjukkan bahawa guru masih berfungsi dan mempunyai peranan yang sama iaitu sebagai tenaga pengajar dan penyampai maklumat.
iv) kos yang tinggi
- penyediaan teknologi dan kelengkapan ini melibatkan kos yang tinggi. Kos yang tinggi ini merujuk kepada kos untuk penyediaan komputer dan rangkaian internet di setiap sekolah, kos untuk meningkatkan kemahiran guru terhadap penggunaan komputer dan teknologi maklumat dan kos baik pulih peralatan. Pembelajaran akan terjejas dan terganggu jika terdapat masalah dalam menguruskan kos- kos tersebut.
Kesimpulan, ledakan teknologi yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang terutama di sekolah mampu memberikan impak besar terhadap institusi tersebut. Ledakan ini juga akan mewujudkan jurang yang tinggi terhadap institusi pendidikan di kawasan luar bandar dan bandar kesan daripada tahap penyebaran yang diperolehi. Misalnya kawasan luar bandar yang mengalami kekangan terhadap penggunaan teknologi ini. Oleh itu, sejauh manakah pendapat anda tentang keberkesanan penggunaan teknologi maklumat ini di sekolah?
MAISARAH JAMALLUDDIN A129390
ReplyDeletesaya bersetuju dengan pendapat anda, selain itu
Teknologi yang semakin memudahkan pelajar dan guru dalam pendidikan antaranya
pelajar lebih mudah tertarik dan kurang rasa mengantuk ketika belajar. Guru pula tidak perlu menerangkan dengan lebih terperinci mengenai topik yang dibincangkan dengan adanya bantuan bahan pengajar. Disamping itu, pengenalan terhadap internet dan enjin pencarian google banyak membantu pelajar dan para pengkaji yang ingin membuat kajian bagi mencari maklumat dalam waktu yang singkat dan menjimatkan masa sebagai contoh pencarian lokasi dengan menggunakan peta google, artikel jurnal pula boleh menggunakan ‘google scholar’ dan video boleh didapati di ‘you-tube’ yang kini popular di kalangan pengguna pada masa kini. Penggunaan teknologi juga turut menghubungkan orang ramai dengan lebih effektif dalam pelbagai bentuk sebagai contoh telefon bimbit, sistem pesanan ringkas dan laman sesawang. Saban hari pelbagai gajet dan teknologi diperbaharui dan ia semakin canggih dan mesra pengguna. Hal ini kerana perkembangan minda yang lebih terbuka khususnya bagi generasi belia yang semakin ke arah multimedia dan berinovasi dalam penciptaan barang.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaanini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audiovideo dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid disamping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakangaris panduan yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaane-mail, chat room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian bolehdijalankan oleh guru dan kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas.Ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir sertakomunikasi murid-murid.
ReplyDeletePenggunaan teknologi maklumat di sekolah merupakan satu perkara yang agak baru di Malaysia. Terdapat beberapa kebaikan melalui penggunaan internet dan ICT sebagai alat pengajaran di sekolah, antaranya ialah pembelajaran menjadi lebih menarik. Mungkin dahulu kita hanya menggunakan buku sebagai rujukan,kini dengan penggunaan teknologi sedia ada seperti penggunaan internet dan ebook, para pelajar akan merasakan pengalaman belajar yang sangat menarik. Hal ini kerana mereka dapat belajar penggunaan video atau grafik yang menarik. Tambahan lagi, dengan penggunaan ICT yang meluas ia sekaligus dapat menambahkan pengetahuan para pelajar dan tidak hanya bergantung pada bahan yang disediakan oleh sekolah.
ReplyDeletesememangnya tidak dapat dinafikan lagi dalam dunia serba moden kini, penggunaan ICT sangat diperlukan. Hal ini adalah kerana dunia kini memerlukan para cendikiawan yang mahir bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga meahir dalam ICT.
ReplyDeleteSelaras dengan kepentingan pendidikan masa kini, amat perlu ICT digunakan di sekolah kerana ia membuka mata pelajar bahawa belajar itu tidaklah sesukar mana. Selain itu, pelajar juga mudah untuk mendapatkan maklumat-maklumat tentang sesuatu perkara dengan sangat mudah dan pantas.
pembelajaran berdasarkan ICT pada era kini adalah sangat penting untuk tujuan pekerjaan pada masa akan datang dan pembelajaran di IPTA dan IPTS kelak. Pada zaman sekarang orang yang tidak tahu menggunakan ICT dianggap sebagai orang yang ketinggalan dan kini dipanggil sebagai buta IT. Kita dapat berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja tanpa batasan. Anak-anak sekarang akan memperoleh ilmu dengan pantas, hanya di hujung jari sahaja tetapi perlu ada pengawasan ibu bapa kerana banyak benta yang positif dan negatif di dalam Internet pada masa kini.
ReplyDeleteTepat. saya bersetuju dengan apa yang diajukan. saya berpendapat bahawa teknologi dan persekitaran amat sinonim pada masa kini. segala yang diajukan saya mengharapkan agar menjadi input positif dan berguna kepada masyarakat pelbagai lapisan umur.
ReplyDeleteSaya bersetuju tentang apa yang diutarakan oleh owner blog ini kerana keperluan teknologi terutama ICT harus dmanfaatkan dengan sebaiknya bagi mencapai tahap pencapaian yang lebih jauh dari semua aspek dan bidang.
ReplyDelete